Tuesday, May 24, 2011

Beberapa Adab Mencari ILmu


Mencari ilmu itu wajib dan jikau hendak mencari ilmu itu kenalah ada adab juga kan. antaranya ialah


  1.  Mengikhlaskan niat kerana Allah Taala, Iaitu dengan niat mencari ilmu itu kerana Allah dan tidak Kerana Ingin disanjung akan ketinggian Ilmunya itu atau ingin dikatakan sebagai alim ulama
  2. Membersihkan hatinya dari segala kekotoran supaya layak untuk menerima serta menghafal dan mengambil faedah dari Ilmu itu
  3. Rasulullah SAW bersabda"Ingatalah bahawa dalam tubuh ada segumpal darah. apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya itu dan  apabila rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya,ingatlah dia itu adalah hati.(HR Bukhari dan Muslim)
  4. Rendah hati pada guru dan pada ilmu serta bersikap sopan.Rasulullah SAW Bersabda "Belajarlah Kalian ilmu dan belajarlah untuk ilmu ketenteraman dan ketenangan dan rendah hatilah pada orang yang kamu belajar darinya(HR at-Thabrani dalam kitab Al-Ausath)
  5. Menghormati Majlis Ilmu dengan tidak membicarakan keburukan orang lain dan mengajak berborak dengan teman duduknya
  6. Hendaklah bersungguh-sungguh dalam meraih ilmu diwaktu muda,bertenaga dan berfikiran jernih serta terbuka

No comments:

Post a Comment