Tuesday, May 17, 2011

3 Manfaat Rokok



Pertama
Membuat rumah sang perokok aman. Kerana saat jam dua dini hari ketika sekumpulan perompak hendak merompak rumahnya,dia masih terjaga. Masih terbatuk-batuk hebat dengan gembiranya. Maka perompak itu pun mengurungkan niat mereka untuk merompak.



Kedua
Membuat sang perokok awet muda. kerana rata-rata di antara mereka sudah harus menghadap Sang Pencipta di saat masih usia muda.


Ketiga
Mengurangi jumlah orang miskin.kerana lebih dari 50% perokok berasal dari kalangan menengah ke bawah (miskin). Jadi semakin banyak perokok, maka jumlah orang miskin di dunia makin berkurang (kerana mereka telah kembali kepada Sang Pencipta)


Saranan Untuk Para Perokok Sejati
Silakan Anda bebas merokok di mana pun Anda mau, tetapi mohon Anda membawa sebuah alat khusus mungkin semacam plastik transparan berukuran jumbo, kemudian Anda masuk ke dalamnya setiap kali hendak merokok sehingga 100% asap rokok Anda hisap sendiri agar tidak membazir,membazir itukan temannya syaitan..^_^

No comments:

Post a Comment